Terma & Syarat

RMA & SYARAT NANI HOMESTAY TANGKAK

++ Syarat Tempahan ++
  • Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan dikehendaki membuat separuh (50%) bayaran sebagai deposit (No. akaun akan dimaklumkan kemudian). Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, pihak Nani Homestay berhak untuk membatalkan tempahan tersebut.
  • Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir.
++ Prosedur Check In ++
  • Masa check in    : 2 petang
  • Masa check out  : 12 tengahari
  • Kunci boleh diambil pada tarikh check in
  • Baki bayaran perlu dibayar semasa check in
  • Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in
++ Langganan Astro First ++
  • Bagi pelanggan yang berhasrat untuk melanggan filem di channel Astro First, dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik Nani Homestay sebelum berbuat demikian. Segala caj dan bayaran langganan adalah atas TANGGUNGAN PELANGGAN. Pihak Nani Homestay berhak untuk menuntut bayaran balik / melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya didapati pelanggan melanggar peraturan ini.
++ Peraturan Umum ++
  • Penghuni hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak penyelenggaraan / pihak berkuasa setempat
  • Pihak Nani Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kemalangan / kejadian tidak diingini sepanjang tempoh penginapan

SEGALA KERJASAMA & KEPRIHATINAN TUAN/PUAN PELANGGAN NANI HOMESTAY YANG DIKASIHI TERHADAP TERMA & SYARAT INI, KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.